Saturday, October 31, 2009

sTupidDdddd......

Ibu lapor anak tanam bayi




KELANA JAYA: Tidak tahan menyembunyikan rasa bersalah atas perbuatan anak gadisnya yang menanam bayi baru lahir menyebabkan seorang ibu nekad membuat laporan polis sebelum mayat bayi yang ditanam di kawasan pembuangan sampah itu ditemui.

Difahamkan, gadis berusia 15 tahun berkenaan yang melahirkan bayi tidak cukup bulan minggu lalu bertindak memasukkan bayi terbabit ke dalam bungkusan surat khabar sebelum dibalut pula dengan sarung bantal.

Gadis terbabit kemudian dikatakan menyembunyikan bayi yang sudah mati itu ke dalam plastik sebelum menanamnya di kawasan pembuangan sampah kira-kira 200 meter dari rumahnya di Kampung Cempaka, di sini.

Sumber polis berkata, ibu gadis terbabit yang mungkin berasa berdosa atas perbuatan anaknya itu dikatakan memaksa mangsa mengikutnya ke Balai Polis Kelana Jaya untuk membuat pengakuan terhadap perbuatannya itu.


menurutnya, hasil laporan diterima itu, pihak polis dibantu lapan anggota forensik bertindak pergi ke lokasi kejadian kira-kira jam 4 petang semalam bagi melakukan siasatan selain mengeluarkan mayat bayi berkenaan.


Pihak polis terpaksa memanggil ibu gadis terbabit yang berusia 50-an keluar dari rumahnya bagi menunjukkan lokasi tepat mayat bayi berkenaan ditanam di kawasan pembuangan sisa sampah pepejal berhampiran.

Susulan maklumat diperoleh itu, anggota polis forensik memulakan kerja menggali berhampiran kawasan belukar berkenaan sebelum menemui satu bungkusan plastik di dalam lubang sedalam kira-kira 0.2 meter.

Berdasarkan apa ditemui, polis membuka plastik terbabit sebelum menemui kertas surat khabar dan kain sarung bantal digunakan untuk membalut bayi terbabit yang dalam keadaan berdarah.

Bagaimanapun ketika ditemui, mayat bayi terbabit dikatakan mulai reput hingga menyukarkan polis untuk mengenal pasti jantina serta punca kematiannya. Susulan itu, mayat bayi berkenaan yang sudah mereput terpaksa dibungkus dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Ibu gadis terbabit yang ditemui di lokasi kejadian mendakwa anak gadisnya sebelum ini diperkosa seorang lelaki kumpulan samseng sekitar Mac dan April lalu.

Menurutnya, perbuatan itu menyebabkan anaknya mengandung sebelum melahirkan kandungan terbabit dalam keadaan tidak cukup bulan di rumahnya.

“Anak saya kemudian tanam bayi itu di depan rumah. Kalau simpan (mayat bayi) dalam rumah nanti akan berbau busuk,” katanya yang turut menemani polis ketika kerja menggali dilakukan.

Dia yang sudah kematian suami sejak beberapa tahun lalu mendakwa bayi terbabit dipercayai mati ketika dilahirkan tidak cukup bulan.

“Mula-mula saya mahu diam tapi perkara ini adalah salah dan saya tidak mahu subahat. Saya mahu orang jahat (suspek yang merogol anaknya) kena tahan polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut berikutan polis masih menyiasat motif kejadian berkenaan.


Continue Reading...

Tuesday, October 27, 2009

I....can Flyyyyyy.......!!!!!!

Hilang gayat di awan biru





JIKA sekali pandang pada susuk tubuhnya yang kecil dan kurus, pasti ramai menganggap gadis ini masih di bangku persekolahan.

Tetapi, di sebalik raut wajah lembut itu, Noor Hafizah Mohd Idrus, 25, sebenarnya sudah memiliki kerjaya yang jarang sekali diceburi wanita.


Anak gadis kebanggaan pasangan Mohd Idrus Abdul Hamid (Pengetua Sekolah Menengah Sains Alam Shah) dan Rohaya Kassim (jurutera Telekom Malaysia) kini adalah salah seorang daripada 17 juruterbang wanita di syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia.

Sejak kecil, Noor Hafizah sudah memasang impian untuk membawa pesawat di awan biru dan bersyukur kepada Allah s.w.t yang mengabulkan doanya selama ini.

Bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah ini berkata, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dan mengikuti program matrikulasi sains, ibunya ada menyatakan harapan untuk melihat anak perempuannya itu menceburi dunia perubatan.

Tetapi selepas tamat program matrikulasi, Noor Hafizah ditawarkan mengikuti kursus multimedia di Universiti Kebangsaan Malaysia, jauh menyimpang daripada impian ibunya.

Bagaimanapun, anak kedua daripada enam beradik ini berkata, dia hanya mengikuti kursus berkenaan selama setahun lebih sebelum mengemukakan permohonan menyertai program kadet juruterbang bersama AirAsia.

Ketika hendak menghantar borang permohonan itu pula, keluarga membantah kerana bimbang apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran tetapi selepas dia mendapat tawaran, mereka berubah dan kini menjadi pendorong utamanya.

"Keluarga dengan rela hati menghantar saya untuk mengikuti kursus latihan di Akademi Penerbangan Malaysia, Batu Berendam, Melaka selama setahun setengah.

"Saya masih ingat pesan ibu dan ayah sebelum mereka berangkat pulang iaitu supaya tekun belajar serta jangan hampakan mereka.

"Alhamdulillah, biarpun hanya dua wanita saja dalam pengambilan berkenaan, saya lulus dengan baik. Sebaik saja tamat latihan, saya terus menyertai AirAsia sehingga kini," katanya.

Alah bisa tegal biasa, menurut Noor Hafizah, dia sebenarnya memang gayat jika berada di tempat tinggi tetapi entah kenapa, apabila menerbangkan pesawat, perasaan itu hilang dengan sendiri.

"Penerbangan pertama saya bersama syarikat ini ialah pada pertengahan 2006 ke Kuching, Sarawak iaitu selama satu jam 45 minit.

"Ketika itu perasaan seronok dan gementar bercampur baur kerana gembira impian sejak kecil menjadi kenyataan. Syukur, berkat persediaan yang sebaiknya, penerbangan itu berjalan lancar dan saya mampu melepasinya dengan baik," katanya.

Menurut Noor Hafizah lagi, setakat ini, dia tidak pernah berdepan dengan sebarang pengalaman buruk ketika bertugas.

Jika cuaca tidak mengizinkan untuk mendarat di sesuatu lapangan, dia akan berbincang dengan kapten juruterbang dan menara kawalan untuk menentukan destinasi berikutnya.

Sebelum berlepas, juruterbang dan pembantu juruterbang perlu terlebih dulu mengira berat keseluruhan pesawat (termasuk penumpang dan bagasi) untuk memastikan tahap kelajuan yang sesuai.

"Untuk menjadi juruterbang, apa yang penting ialah ketajaman penglihatan serta penguasaan dalam bidang fizik, matematik dan bahasa Inggeris.

"Namun, bukan mudah menjadi juruterbang yang bagus kerana ia memerlukan kombinasi latihan berterusan serta pengalaman. Tempoh tiga tahun sebenarnya masih dianggap baru dan saya kini masih dalam proses menimba sebanyak mana pengalaman daripada kapten juruterbang yang lebih senior.

"Untuk itu, saya menjadikan kapten juruterbang wanita pertama AirAsia, Norashikin Che Onn, sebagai idola dan berharap dapat berjaya sepertinya suatu hari nanti," katanya yang turut mengagumi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tony Fernandez.

Sesuai dengan umurnya yang masih bergelar remaja, Noor Hafizah berkata dia gemar menghabiskan masa lapang dengan membeli-belah bersama rakan dan keluarga.

Dia mengakui membeli-belah adalah terapi terbaik untuk menghilangkan tekanan dan barangan yang sering menjadi pilihan ialah kasut serta beg tangan.

Dia tidak mengutamakan jenama kerana apa yang penting baginya adalah kualiti dan tidak salah sesekali membeli sesuatu untuk dihadiahkan kepada diri sendiri selepas penat bekerja.

Jika mempunyai cuti panjang, Noor Hafizah biasanya akan meluangkan masa melancong sama ada di dalam atau luar negeri bersama keluarga atau rakan rapat.

"Jadual kerja sebagai juruterbang memang tidak menentu tetapi kami hanya dibenarkan bekerja 100 jam saja dalam tempoh 28 hari.

"Jika terbabit dalam penerbangan di awal pagi, saya biasanya selesai kerja dan pulang ke rumah sekitar jam 3 atau 4 petang. Untuk sesuatu penerbangan, kami biasanya perlu melaporkan kehadiran sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu berlepas.

"Waktu terluang yang ada itulah saya gunakan untuk mengemas rumah atau melakukan persediaan penerbangan seterusnya," katanya yang mengakui perlu bersiap tiga jam awal sebelum sesuatu penerbangan.

Pesan Noor Hafizah, bagi remaja yang mempunyai cita-cita untuk bergelar juruterbang sepertinya, teruskan impian dan berusaha gigih.

"Setiap kerjaya mempunyai cabarannya sendiri dan tidak terkecuali jika menjadi juruterbang namun apa yang penting, seseorang perlu mempunyai minat mendalam dan buangkan sikap takut untuk mencuba.

"Jangan sesekali putus asa dalam berusaha mencari yang terbaik untuk hidup kerana masa depan terletak di tangan sendiri," katanya menutup perbualan.



Profil

Nama: Noor Hafizah Mohd Idrus

Ibu: Rohaya Kassim

Bapa: Mohd Idrus Abdul Hamid

Adik beradik: Anak kedua daripada enam beradik

Pendidikan: Kolej Tunku Kurshiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Akademi Penerbangan Malaysia

Kerjaya kini: Pembantu Juruterbang Air Asia


Continue Reading...

Monday, October 12, 2009

CutiCuti_Malaysia.......

Syurga Di Tengah Ladang



MUNGKIN ramai tidak akan menduga perjalanan hampir 1.5 kilometer merentasi ladang kelapa sawit menuju Peladang Setiu Agrotourism & Resort (PSAR) berbaloi kerana mereka bakal menemui destinasi percutian menyeronokkan.

Betapa tidak, resort yang terletak di mukim Guntung, Setiu, Terengganu itu pastinya memikat hati pengunjung dengan konsep agropelancongan atau pelancongan pertanian.

Pengunjung boleh meneroka taman herba, ladang kelapa sawit serta dusun pelbagai jenis buah, sekali gus menjadikan ia produk pelancongan unik di Malaysia.

Pengurusnya, Ahmad Sanusi Ibrahim, destinasi percutian di atas tanah ladang seluas 280 hektar itu menawarkan peluang menyertai 14 aktiviti rekreasi dikelilingi suasana damai bersebelahan dengan hutan simpan Gunung Tebu.

Pernah menerima kritikan hebat dan dianggap projek menempah kerugian, PSAR yang dibina di kawasan terpencil kini tidak menang tangan mengendalikan kunjungan pelancong tempatan dan asing.

"Mungkin ini kerana kami menjanjikan percutian dalam suasana damai dan udara segar pedalaman. Acara lasak juga menyebabkan ramai memilih untuk bermalam di sini," katanya.

Pengunjung mempunyai pilihan sama ada mahu bersantai atau memenuhi masa dengan menyertai aktiviti berpandu dengan bantuan tenaga pengajar yang profesional.

Ini termasuk aktiviti riadah seperti 'river crossing' atau menyeberang sungai, berkayak di tasik selain aktiviti merentas denai hutan sambil menikmati keindahan landskap semula jadi.

Pengunjung boleh mengunjungi Taman Herba menempatkan lebih 120 spesies seperti tongkat ali, kacip fatimah, gajah merawan, aji samat, mas cotek dan ginseng malam.

Sebahagian besar daripada herba ini yang kini dikomersialkan sebagai produk makanan kesihatan boleh ditemui tumbuh liar di hutan simpan Gunung Tebu.

Justeru, tidak hairan herba seperti kacip fatimah dan serapat untuk wanita manakala tongkat ali dan akar ginseng amat popular sebagai buah tangan popular di kalangan pelancong.

Taman Mini Unggas bersebelahan Taman Herba tidak kurang menarik untuk dikunjungi.

Haiwan eksotik seperti burung kuang, merak, arnab, ayam sutera dan ayam belanda boleh ditemui di sini.

Menariknya, kebanyakan haiwan peliharaan kecuali kambing di situ ditangkap di hutan berhampiran, manakala ada yang tersesat masuk ke dalam kawasan PSAR.

Namun, paling mencuri perhatian adalah tarikan dusun buah-buahan seluas 50 hektar yang menawarkan durian, dokong, rambutan, manggis dan salak terutama sepanjang Julai hingga September ini.

Selain aktiviti sukan air, ada pengunjung memilih memancing di kolam ikan dengan misi menaikkan ikan patin seberat lima kilogram yang dikatakan menghuni kolam.

Hidangan disajikan juga lebih istimewa apabila kebanyakan bahan diambil dari taman dimasak mengikut selera kampung seperti gulai lemak, asam pedas, ulam-ulaman dan sambal belacan.

Ahmad Sanusi berkata, tarikan serba lengkap meliputi taman herba, dusun buah-buahan dan zoo mini itu menyebabkan resort berkenaan begitu popular di kalangan pelancong ke Setiu.

"Kami bukan saja menarik pencinta alam, malah pelajar dan orang awam yang berminat mengenai manfaat dan kebaikan tumbuhan herba yang lazimnya didapati dalam hutan di seluruh Malaysia," katanya.

Selepas berpenat lelah dengan pelbagai aktiviti padat, tetapi menyeronokkan pada waktu siang, anda boleh menyambungnya dengan mengikuti acara merentas denai dan 'burung hantu' pada malam hari.

Namun, jika badan sudah penat, pengunjung boleh bersantai dengan berkaraoke bersama teman sambil menikmati kopi panas di Agro Cafe.

>Info

>PSAR menjadi lokasi sesuai untuk aktiviti latihan berkumpulan atau kem bina semangat selain aktiviti lebih mencabar termasuk survival yang amat popular di kalangan penuntut universiti dan pelajar sekolah.

>Ia menawarkan 31 chalet dan lima dorm dikelilingi ladang kelapa sawit selain kem, dusun buah-buahan, kolam ternakan ikan air tawar, tapak perkhemahan dan kawasan lapang untuk pelbagai acara.

>Ia dapat disertai dengan pakej menarik ditawarkan pada harga serendah RM89 sehingga RM390, semuanya bergantung kepada citarasa, kesesuaian dan keperluan pengunjung.

>Mereka yang gemar percutian ringkas dan lebih santai boleh melepak di beberapa kolam renang yang sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.

>Mereka berminat mengadakan kursus boleh menggunakan empat bilik seminar dengan kapasiti 250 orang pada satu-satu masa. Untuk Maklumat lanjut, layari www.agroresort.com.
Continue Reading...

Tuesday, October 6, 2009

So...Hottttt.......

Wonder Girl........sOoo_hotttt..!!!!


Continue Reading...

Saturday, October 3, 2009

PiczRaye_Verse1



Audy's Family

Belakang : KakNgah,Danny,Angah(abg no2)_Along(abg no1),KakLong_KakDe,Ude(abg no3). Tengah : Ayah,Mak. Depan : AbanCik(abg no4),Aqil,Dania,Audy(no5).






Continue Reading...

Lawanye Baju Diorang.......

Tiga dara pujaan



LEBARAN tahun ini cukup bermakna buat tiga bintang muda di persada seni tanah air, Lisa Surihani, 23, Diana Danielle,18, dan Juliana Evans, 20, kerana berpeluang meraikannya bersama keluarga tersayang.

Maklumlah, tiga bintang jelita berbakat besar ini beraya sebagai orang bujang dan masing-masing nampaknya tidak sabar untuk kembali ke pangkuan keluarga dan sanak-saudara yang dirindui saban tahun untuk sama-sama meraikan hari kemenangan umat Islam itu.

Sudah menjadi tradisi bagi Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 23, beraya bersama keluarganya di Ampang, Selangor, saban tahun.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 18, yang hangat digosipkan dengan pelakon Farid Kamil pula beraya bersama ibu dan adiknya, Halley, setahun (anak angkat), di Bukit Merah, Perak.

Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, 20, yang hangat bercinta dengan anggota kumpulan Bunkface, Sam pula beraya bersama keluarganya di Bagan Datoh, Perak.

Pada sesi fotografi khas Aidilfitri yang yang diatur Rap di Hotel One World, Bandar Utama, tiga bintang meningkat naik yang berkawan baik ini turut berkongsi cerita menarik ketika beraya untuk tatapan pembaca setia Harian Metro (HM), sekali gus perkembangan terkini kerjaya seni masing-masing.



Lisa fokus pada kerjaya seni

BAKAT lakonan bintang filem I'M Not Single dan Jangan Pandang Belakang Congkak, Lisa Surihani sudah pun diiktiraf apabila mengungguli trofi Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21).

Malah, kata Lisa yang sudah berkecimpung selama tiga tahun dalam bidang seni berkata, sampai hari ini, tawaran berlakon tidak pernah putus diterimanya sejak dia mula berkecimpung dalam bidang seni pada 2007.

"Bukannya saya tamak untuk merebut semua tawaran yang datang, sebaliknya setiap watak ditawarkan itu karakternya berbeza.

"Terbaru, saya baru selesai penggambaran filem Zoo arahan Azhari Zain (Zack) yang berakhir pada minggu ketiga Ramadan lalu. Selain itu, saya dapat tawaran berlakon drama bersiri selepas raya nanti tapi masih belum diputuskan lagi," katanya.

Antara filem lakonan Lisa tahun ini ialah Rempit V3 bergandingan dengan Farid Kamil selaku pengarah filem itu.

Selain itu, dia turut berlakon dalam filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan yang dijangka menjengah pawagam tahun depan serta filem Kapoww arahan Azizi Chunk Adnan.

Telefilem lakonannya pula ialah Ponti Anak Remaja, Mataku Nampak Hantu dan drama bersiri Tiga Janda yang sudah ditayangkan di saluran Astro.

Seperti tahun sebelumnya, Lisa berkata, dia beraya bersama keluarganya di Ampang. Namun, raya tahun ini tidak semeriah dulu kerana Lisa beraya tanpa bapanya, Allahyarham Mohamed Mahbob yang meninggal dunia tahun lalu.

"Saya hanya sempat menempah dua pasang baju raya dan lima pasang lagi saya beli baju raya yang sudah siap dijual.

"Juadah raya kegemaran pada pagi raya ialah lemang dan rendang. Dari segi kuih-muih pula ialah seri muka, biskut dam, cornflakes dan biskut keju yang dibuat mak cik," katanya.

Ditanya mengenai gosip cinta pelakon Farid Kamil dan Diana yang heboh diperkatakan ketika ini, Lisa berkata, jika benarlah mereka bercinta, dia tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi dua kawan baiknya itu.

"Saya dan Farid hanya kawan baik dan kami tidak pernah bercinta. Dia juga bukan bekas teman lelaki saya seperti dihebohkan orang. Setakat ini, saya masih belum mempunyai teman istimewa selepas putus cinta kali pertama dulu. Pada masa sama, saya juga belum bersedia ke arah itu kerana fokus saya pada kerjaya seni dan keluarga," katanya.


Diana bersedia pikul watak Natrah

SEPERTI Lisa, tawaran berlakon juga mencurah-curah buat pelakon berdarah kacukan Melayu-Amerika, Diana Danielle.

Diana berkata, dia terbabit dengan penggambaran telefilem Maya untuk RTM yang juga ditayangkan selepas raya nanti.

"Selain itu, saya juga ditawarkan beraksi dalam teater Natrah yang dijangka dipentaskan di Istana Budaya pada Oktober nanti.

"Secara peribadi, saya menyukai watak natrah dan isu bangsa yang nak diangkat dalam filem ini selaras dengan Kempen 1Malaysia yang diseru kerajaan. Memang watak itu mencabar tapi saya sudah bersedia memikul tanggung-jawab berat itu," katanya.

Antara telefilem lakonannya tahun ini ialah Gondorovo yang juga untuk tayangan pada hari raya.

Bagaimanapun, penuntut jurusan Bio Sains di Nottingham University, Semenyih, Selangor ini terpaksa bijak membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya seni diceburinya.

"Program ijazah membabitkan tempoh selama tiga tahun di Malaysia dan setahun lagi di United Kingdom. Saya juga mengutamakan pelajaran dan hanya berlakon selepas habis kelas atau pada masa cuti semester," katanya.

Duta produk Bata dan Innershine ini berkata, ini juga tahun keempatnya beraya sebagai artis.

"Seperti tahun sebelumnya, saya, ibu dan adik, Halley, beraya selama seminggu di kampung halaman yang juga saudara sebelah ibu di Bukit Merah, Perak.

"Juadah pagi raya kegemaran saya ialah lemang, rendang dan Ayam Percik. Selain itu, Asam Laksa dan Kuih Badak Berendam," katanya. Diminta komen mengenai sejauh mana hubungannya dengan Farid, Diana berkata, dia belum bersedia bercerita kisah peribadinya itu dengan peminat.


Juliana pernah cedera main mercun

STATUSNYA sebagai penuntut tahun dua, Ijazah Sarjana Muda, Komunikasi Massa di Sunway College menyebabkan Juliana perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya seni dan pelajarannya.

Apa yang penting, kata Juliana yang menempa nama menerusi program Remaja (TV3) ini, dia perlu memastikan pelajaran dan kerjaya seninya bergerak seiringan.

"Dari segi kerjaya seni, saya baru selesai penggambaran filem Adik Manja Returns. Terbaru, saya menjadi hos Pencarian Gadis Melayu musim kedua yang membabitkan sebanyak 13 episod yang masih dalam penggambaran," katanya.

Antara drama lakonan Juliana tahun ini ialah Warkah Terakhir untuk Astro Citra dan drama bersiri Ghost 2. Selain itu, dia juga menjadi hos program Aksi Gerek untuk TV Singapura dan saluran RTM tahun lalu.

Gadis kacukan Melayu-Inggeris yang hangat bercinta dengan anggota kumpulan Bunkface, Sam ini juga akan beraya ke kampung halamannya di Bagan Datoh, Perak.

"Saya dan Sam baru beberapa bulan berkawan. Kampung saya di Bagan Datoh, Perak dan Sam pula dari Klang, Selangor. Jika tiada aral, kami juga merancang untuk beraya bersama tahun ini," katanya.

Tidak ketinggalan, anak bongsu dari tiga beradik ini berkongsi kenangan yang sukar dilupakan ketika beraya sebelum ini.

"Ketika menyambut raya beberapa tahun lalu, jari tangan saya terpaksa dijahit kerana terkena balang kuih yang pecah. Pada raya tahun lalu pula, sekali lagi saya cedera kerana mercun meletup di tangan. Justeru, saya berharap kejadian tidak diingini seperti itu tidak berulang pada sambutan raya kali ini," katanya.
Continue Reading...

Friday, October 2, 2009

Selamat Hari Raya....!!!!

i gezz...
still x terlwat g nk wish u all....
HAPPY EID MUBARAK.....
...........................N..................................
MAAF ZAHIR BATIN......

p/s : duit raye...???
kuih raye...???
n....


Continue Reading...